06 June 2009

Analisis Jurnal (tugasan individu)

Dalam tugasan ini, tiga jurnal telah dipilih:

i) Using Action Research to Develop Preservice Teachers' Confidence, Knowledge and Beliefs
ii) How Action Research Can Compliment Formal Language Teacher Education about Technology
iii) Mock Interview Strategy: An Action Research Study to Administrator and Teacher Candidates' preparation for Interview Field Experience

Secara ringkas rumusan bagi setiap jurnal penyelidikan (i), (ii) dan (iii) adalah seperti di bawah:

Using Action Research to Develop
Jurnal (i):Using Action Research to Develop Preservice Teachers' Confidence, Knowledge and Beliefs (Menggunakan kajian tindakan untuk memperkembangkan keyakinan, ilmu dan kepercayaan para guru pelatih)

Sampel
Sampel kajian ini adalah 10 orang guru sains pelatih yang terlibat dalam sebuah projek penyelidikan (Case It!) yang telah dibiayai oleh National Science Foundation.

Setting
Kajian ini adalah di sekolah menengah dan juga universiti tempatan.

Prosedur kajian
-Guru sains pelatih diminta untuk menjadi peserta seminar mingguan di mana mereka perlu membaca literatur mengenai simulasi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains, membiasakan diri dengan beberapa jenis perisian komputer yang digunakan dalam Case It!. Mereka juga kemudiannya telah diberi peluang untuk menjalankan kajian (secara pemerhatian dan pengumpulan data) di sebuah sekolah menengah.

-Dalam tempoh dua tahun seminar yang mereka jalani, guru-guru ini terlibat secara langsung dalam membentuk instrumen yang digunakan dalam kajian. Instrumen yang dimaksudkan termasuklah soal-selidik, pembentukan indikator bagi penilaian poster-poster Web dan kualiti persidangan melalui Internet.

-Dalam seminar tersebut, mereka menganalisis data-data yang telah dikumpul daripada tahun-tahun lepas secara berkumpulan bagi meningkatkan pengalaman mereka dalam cara pengkodan data-data temubual, menilai poster-poster Web dan mengkodkan interaksi daripada persidangan-persidangan Internet.

-Pada tahun pertama, guru-guru ini mengumpul dan menganalisis data setelah projek selesai dijalankan. Mereka telah menganalisis 30 poster Web, 60 persidangan Internet, dan temubual dengan 49 orang pelajar sekolah dan kolej.

-Pada tahun kedua, para penyelidik tersebut memutuskan untuk menumpukan kajian mereka hanya kepada para pelajar sekolah menengah, dan mereka melibatkan 17 orang pelajar daripada 8 kumpulan yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

-Data diluaskan lagi pada tahun kedua tersebut dengan menganalisis kes ke atas para pelajar sekolah menengah. Pemerhatian dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua orang penyelidik. Mereka merakamkan pemerhatian dan refleksi mereka secara elektronik dalam satu laman perbincangan menggunakan perisian Blackboard. Ruang perbincangan ini disertakan satu forum bagi tujuan pemerhatian terhadap kelas secara keseluruhannya (mengenai apa yang pelajar dan guru lakukan ketika dalam kelas), 8 forum untuk pemerhatian dari 8 kumpulan sekolah menengah, dan satu forum untuk penyelidik membincangkan refleksi, pemerhatian dan persoalan yang ingin mereka utarakan. Setiap guru pelatih diperhatikan dan mereka diminta untuk menulis dua kajian mengenai 4 orang pelajar sekolah menengah setelah beberapa pemerhatian dijalankan.

-Kajian kes juga memasukkan apa yang dipelajari dan tidak oleh para pelajar menengah tinggi yang terlibat dalam kajian, cabaran dan halangan buat pelajar dan guru serta sejauh mana keberkesanan projek multimedia dalam meningkatkan dan mengukuhkan tahap pengetahuan pelajar. Kajian kes juga melibatkan ringkasan temubual guru-guru pelatih tersebut dengan para pelajar menengah, ringkasan dari poster Web pelajar dan sesi persidangan serta pemerhatian yang telah direkodkan. Dalam erti kata lain, dalam kajian ini penyelidik merefleksikan apa yang telah mereka peroleh selama tempoh penyelidikan tersebut.

-Pada tahun pertama persidangan internet adalah di antara pelajar universiti dan pelajar sekolah menengah di United State, manakala pada tahun kedua penyelidikan persidangan diluaskan kepada para pelajar universiti tahun pertama di England dan pelajar menengah di Australia. Kesemua para pelajar yang telah dilibatkan mengambil jurusan biologi.

Pengumpulan data
-Pengumpulan data terbahagi kepada dua peringkat iaitu tahun pertama dan tahun kedua. Pada tahun pertama, guru sekolah menegah menjalankan kajian ini sebagai projek extra credit manakala pada tahun kedua mereka telah menyertakannya sebagai satu bahagian daripada kurikulum pembelajaran. Pada tahun pertama, kajian difokuskan secara lebih global, dalam pengumpulan data mengenai keseluruhan kelas sekolah menengah tinggi. Data juga telah dikumpulkan dari pelajar kolej dalam bab pengenalan biologi (yang terangkum dalam kursus biologi) yang menggunakan projek internet berasaskan multimedia bagi berkomunikasi dengan pelajar sekolah menengah tinggi.
Analisis data
-Analisis data adalah berdasarkan Keyakinan, Pengetahuan, Kepercayaan para guru.

-Pengukuran terhadap keyakinan dan pengetahuan guru dalam kandungan bioteknologi dan penggunaan multimedia dalam pembelajaran dijalankan melalui set soal-selidik yang dijawab oleh para guru di awal dan akhir seminar.

-Pengukuran terhadap kepercayaan para guru pula dinilai melalui esei dan refleksi yang diberikan oleh para guru tersebut di akhir seminar.

Jurnal (ii): How Action Research Can Compliment Formal Language Teacher Education
(Sejauh mana kajian tindakan boleh melengkapkan pendidikan guru bahasa yang formal)

Sampel
Sampel dalam kajian ini adalah guru bahasa Inggeris yang tidak mendapat latihan khusus ketika mengikuti program pengajian Diploma Pendidikan.

Setting
Setting kajian adalah sekolah rendah.

Prosedur
Prosedur dan pengumpulan data kajian pada kali ini adalah seperti yang berikut:

Temubual
Temubual dijalankan terhadap para guru dan pelajar mengenai pandangan mereka mengenai pengajaran bahasa Inggeris menggunakan teknik penceritaan. Setiap temubual mengambil masa kira-kira 10 minit. Temubual ini melibatkan 25 orang guru bahasa Inggeris dan tiga orang pelajar yang telah dipilih berdasarkan tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka (seorang tinggi, sederhana dan rendah).

Pemerhatian
-Pemerhatian dijalankan terhadap 25 pengajaran yang mana setiap satunya mengambil masa 70 minit. Antara yang diperhatikan sepanjang proses pemerhatian dijalankan adalah metod guru mengajar, interaksi yang wujud dalam kelas dan respons para pelajar.

-Sebelum dan selepas menjalankan kajian, penyelidik perlu berjumpa dan mengadakan sedikit perbincangan dan temubual dengan para guru yang mengajar. Perjumpaan ini adalah bagi:

Sebelum pengajaran; untuk memperoleh latar belakang guru dan pengalaman mengajar bahasa Inggeris, cara mengajar, dan sedikit pandangan mengenai bahasa Inggeris.
Selepas pengajaran; untuk memperoleh respons guru mengenai pengalaman beliau mengintegrasikan teknik penceritaan dalam menyampaikan pengajaran.

Jurnal
Penyelidik diminta untuk menghasilkan 25 jurnal laporan berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan.

Analisis data
-Analisis data adalah berdasarkan pendekatan triangulasi.


Jurnal (iii): Mock Interview Strategy: An Action Research Study to Administrator and Teacher Candidates' preparation for Interview Field Experience.(Strategi Mock Interview: Suatu kajian tindakan untuk calon para guru dan pentadbir sebagai persediaan untuk memperoleh pengalaman lapangan sebenar)

Sampel
Sampel kajian yang terlibat adalah graduan yang mempunyai pengalaman sebagai seorang guru dan prasiswazah (calon guru) fakulti pendidikan

Proses kajian
Proses 1 :
-Pelajar pascasiswazah mengkaji proses interview, berlatih membina soalan dan saling menemubual antara satu sama lain
-Pelajar prasiswazah belajar bagaimana untuk melalui proses interview dengan membaca soalan-soalan interview, penglibatan di dalam kelas, perbincangan, latihan menulis resume. Mereka diberi soalan-soalan yang sering ditanya.
Proses 2 :
-Mock interview. Sampel pascasiswazah menjadi mereka yang menemubual manakala sampel prasiswazah menjadi mereka yang ditemubual

Setting kajian
Setting bagi kajian ini di universiti

Pengumpulan data
-Data diperoleh dari pelajar pascasiswazah dikumpulkan melalui ‘mock interview night’
1) Dialog dan permainan peranan dalam mengajar dan mempraktikkan proses temubual di dalam kelas
2) Refleksi dalam permainan peranan temubual dengan kumpulan
3) Pemerhatian terhadap persembahan dalam mock interview night
4) Survei dan soal-selidik

-Data juga dikumpulkan melalui pelajar prasiswazah mengenai aspek yang perlu diikuti dalam mock interview night tersebut.
1)Pemerhatian dalam mock interview night
2)Tinjauan skala dan soalan terbuka untuk guru

Analisis data
-Analisis data dilakukan dengan mengambil kira beberapa perkara seperti yang berikut;
1) Keputusan tinjauan skala
2) kemahiran yang diperlukan dari orang yang menemubual
3) Kemahiran yang diperlukan dari orang yang menjalankan temubual
4)Persepsi efikasi-kendiri terhadap proses temubual yang dilalui
5)Meningkatkan keberkesanan mock interview night

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN

Berdasarkan ketiga-tiga jurnal ini, dapat diperhatikan terdapatnya beberapa persamaan dan juga perbezaan . Antara persamaan dan perbezaan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Perbezaan:

1-Pelbagai peringkat
Berdasarkan kepada ketiga-tiga jurnal tersebut, dapat diperhatikan kajian tindakan yang dijalankan terdiri daripada pelbagai peringkat pendidikan iaitu pendidikan rendah, menengah dan universiti.

2- Proses yang berbeza
Kajian yang dijalankan juga berdasarkan kepada proses yang berbeza berdasarkan aspek yang ingin dikaji.

3-Objektif yang berbeza
Ketiga-tiga jurnal ini memfokuskan kepada aspek yang berbeza iaitu jurnal yang pertama lebih memfokuskan kepada untuk meningkatkan konsep kendiri para guru, jurnal yang kedua lebih kepada untuk menilai sejauh mana kajian tindakan dapat membantu meningkatkan pendidikan guru dalam bahasa yang formal dan jurnal yang ketiga lebih kepada persediaan guru untuk meningkatkan kemahiran interview.

4.- Analisis data
Pendekatan analisis data yang berbeza juga dapat diperhatikan. Ini mungkin melihat kepada kesesuaian kepada aspek kajian yang ingin dikaji.

Persamaan:

1-Melibatkan guru dan institusi pendidikan
Walaupun ketiga-tiga kajian tindakan tersebut melibatkan setting yang berbeza, tetapi kesemuanya melibatkan institusi pendidikan yang terdiri daripada guru Sains pelatih, guru bahasa Inggeris yang tidak mendapat latihan khusus serta guru pra dan pasca siswazah.

2-Kesemua untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan
Walaupun ketiga-tiga jurnal ini memfokuskan kajian pada aspek yang berbeza, tetapi ketiga-tiganya adalah bertujuan untuk meningkatkan mutu sistem pendidikan seperti untuk memperkembangkan keyakinan, ilmu dan kepercayaan para guru ,melengkapkan pendidikan guru dengan bahasa yang formal dan jurnal yang ketiga untuk memberikan peluang para guru untuk memperoleh pengalaman lapangan sebenar dalam interview.

3-Satu kajian yang praktikaluntuk dijalankan

Ketiga-tiga kajian tindakan yang dijalankan adalah suatu yang praktikal dan boleh disesuaikan dengan pelbagai situasi.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jurnal ini menggunakan pendekatan kajian tindakan dalam penyelidikan masing-masing. Kajian yang dijalankan memerlukan penyelidik memainkan peranan yang aktif bukan sahaja sebagai seorang penyelidik tetapi juga sebagai sampel kajian.

No comments:

Post a Comment