Refleksi diri BIG II
Saya ingin :
Membangunkan potensi diri yang masih belum dikenalpasti sepenuhnya..
Matlamat :
Menjadi diri saya yang sebenar dengan cara membangunkan kekuatan yang ada dan memperbaiki kelemahan yang ditemui
Objektif :
1- Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri dengan membuat SWOT ( Strength, Weakness, Opportunity, Threat)
2- Meningkatkan disiplin diri terutamanya dari sudut ketepatan waktu
3- Berani membuat keputusan dan mencuba sesuatu yang baru
4- Meningkatkan keyakinan diri
Pelan tindakan :
- Merangka SWOT untuk diri sendiri melalui pengalaman yang telah dilalui dan mengambil kira pandangan rakan-rakan. Kekuatan akan dipertingkatkan, kelemahan akan diperbaiki, peluang digunakan dengan sebaiknya dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan ancaman
- Setelah dikenalpasti, aspek utama yang perlu diperbaiki adalah disiplin dari sudut masa. Jadi antara tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah;
i) Mempunyai perancangan aktiviti yang akan dilakukan setiap hari. Sediakan satu 'planner atau note book peribadi' dan senaraikan aktiviti yang akan dilakukan setiap hari secara khusus, serta aktiviti mingguan, bulanan mahupun tahunan.
- Untuk melihat perubahan, saya perlu berani membuat keputusan dan sentiasa bersedia dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku setelah mempertimbangkan dengan sewajarnya keputusan yang diambil. Keberanian perlu ada untuk mencari & seterusnya memperkembangkan sesuatu yang baru.
- Untuk meningkatkan keyakinan diri, saya perlu sentiasa berada dalam ketenangan dan bermotivasi tinggi.. Jadi saya perlu mulakan setiap hari dengan permulaan yang baik iaitu dengan cara :
i) Bangun tidur sebelum masuk waktu subuh dan cuba untuk tidur sebelum jam 12.oo
ii) Solat sunat dan membaca al-Quran
iii) Paksa diri untuk tidak tidur selepas subuh
iv) Pastikan sarapan pagi
Untuk melihat apa yang dirancangkan tercapai, saya perlu membuat senarai semak untuk aktiviti harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Penilaian perlu dibuat dari semasa ke semasa untuk melihat tahap perubahan meningkat atau menurun.
29 April 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)